Tuesday 1 September 2015

ACARA DALAM SUKAN TERJUN

Terdapat 5 jenis acara dalam sukan terjun. Antaranya adalah:



1. 1m papan anjal (lelaki & perempuan)
(Tidak dipertandingkan di sukan Olimpik)

2. 3m papan anjal (lelaki & perempuan & berirama)

3. 5m platform (lelaki & perempuan)
(Tidak dipertandingkan di sukan Olimpik)

4. 7.5m platform (Tidak dipertandingkan di sukan Olimpik)

5. 10m platform (lelaki & perempuan & berirama)


Walaubagaimanapun, hanya 8 acara sahaja yang dipertandingkan di sukan Olimpik.

3M PAPAN ANJAL
1. 3m papan anjal individu (lelaki)

2. 3m papan anjal individu (perempuan)

3. 3m papan anjal berirama (lelaki)

4. 3m papan anjal berirama (perempuan)


10M PLATFORM
5. 10m platform individu (lelaki)

6. 10m platform individu (perempuan)

7. 10m platform berirama (lelaki)

8. 10m platform berirama (perempuan)


Saya harap perkongsian ini memberikan pengetahuan tambahan kepada peminat-peminat sukan terjun di Malaysia. =)


Bryan Nickson Lomas (Bekas atlet terjun negara)







PERMARKAHAN DALAM SUKAN TERJUN

Kepada peminat-peminat sukan terjun yang masih tidak dapat memahami cara permarkahan dalam sukan terjun. Hari ini saya akan terangkan dengan lebih lanjut asas-asas dalam permarkahan sukan terjun. Juri-juri dalam sukan terjun akan menilai berdasarkan 3 aspek penting seperti di bawah:



1. Kekemasan terjunan (semasa berdiri sehinggalah terjun memasuki air)
Cth: keadaan kaki, tangan. bentuk badan (lurus atau bengkok), kaki jari (point toes)
Juri akan memberikan markah berdasarkan kepada kekemasan terjunan. Sekiranya kedudukan kaki tidak kemas, markah akan ditolak.

2. Lompatan (take off)
Terjunan yang mempunyai lompatan yang tinggi akan mendapat markah yang lebih tinggi.

3. Percikan air
Juri akan memberikan markah yang tinggi sekiranya percikan air tersebut kemas. Walaubagaimanapun, percikan air yang cantik tanpa terjunan yang kemas seperti di (1), markah akan ditolak. Juri dalam sukan terjun akan menilai terjunan tersebut secara keseluruhan.

Saya harap perkongsian ini boleh memberikan sedikit pengetahuan kepada peminat-peminat sukan terjun air. =)

Topik seterusnya saya akan berkongsi tentang jenis-jenis terjunan dalam sukan terjun. 

Bryan Nickson Lomas (bekas atlet terjun negara)